Pasukan Kuching FA mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menewaskan pasukan negerinya sendiri iaitu Sarawak dengan kemenangan 3-1 di Stadium Negeri Sarawak.
Perlawanan Play-off ini bakal menentukan pasukan mana yang akan bertanding di Liga devisyen 2 negara, Liga Premier bagi musim 2020.

Sahran Samad terlebih dahulu mencetakkan gol pada minit ke-9 menerusi tandukannya. Sarawak yang tertekan dengan jaringan awal Kuching berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-53.

Kuching tidak mudah mengalah, lantas berjaya menghasilkan jaringan ke-2 menerusi tolakan cantik Hafis Saperi pada minit ke-77.

Sarawak yang tertekan untuk mencari gol pernyamaan dihukum 5 minit sebelum masa sebenar perlawanan tamat menerusi tendangan deras Joseph Kallang Tie pada minit ke-85.
Lihat rangkuman perlawanan di bawah: