Ads
Kuota 4 Import Selangor Masih Kosong
Transfer
MFL

Kuota 4 pemain import pasukan Liga Super, Selangor FC masih kosong.

Advertisements

Baru-baru ini, Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan bahawa slot pemain import telah ditambah menjadi 12 bagi kelab yang membawa cabaran negara di pentas Asia.

Advertisements

Kuota tambahan ini tidak akan menjejaskan peluang pemain-pemain tempatan untuk beraksi kerana dua pemain asing tambahan ini hanya dibenarkan beraksi dalam pertandingan Piala MFL sahaja.

Advertisements
Advertisements

Bukan itu sahaja, pendaftaran pemain asing dalam senarai pemain dalam Liga Malaysia 2024-2025 masih kekal. 

“Berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikut Perkara 3 Manual Liga Malaysia 2024- 2025 serta persetujuan bersama pemegang taruh MFL.

Advertisements

“Pindaan terbaharu itu menyaksikan kelab-kelab Liga Super yang bertanding dalam Kejohanan Peringkat Kelab Anjuran AFC dan AFF (Johor Darul Ta’zim, Selangor FC, Terengganu FC & Kuala Lumpur City FC) dibenarkan mendaftar maksimum 12 pemain asing berbanding 10 sebelum ini.

Penambahan kuota import ini diharapkan dapat membantu kelab Malaysia yang beraksi dalam pertandingan luar bersaing lebih baik. 

“Penambahan kuota pemain asing ini memberi peluang kepada kelab- kelab Liga Malaysia yang layak ke pertandingan AFC Champions League Elite (ACLE), AFC Champions League 2 (ACL 2) dan AFF Club Championship 2024-2025 bersaing dalam kejohanan peringkat antarabangsa dengan lebih kompetitif,” ujar MFL.

Walau bagaimanapun, Selangor tidak mengisi kesemua slot yang diberikan oleh MFL apabila hanya merekrut 8 pemain import sahaja bagi musim 2024/25.

Pada posisi pertahanan, Gergasi Merah memiliki nama seperti Umar Eshmurodov, Safuwan Baharudin manakala posisi tengah diisi oleh pemain seperti Noor Al-Rawabdeh, Alex Agyarkwa dan Yohandry Orozco.

Bahagian serangan kini diketuai oleh Ronnie Fernandes dan dibantu oleh dua lagi import iaitu Alvin Fortes dan juga Ali Olwan.

Kehadiran 8 pemain ini menyaksikan 4 lagi baki slot untuk pemain import tidak dilengkapkan oleh Selangor dengan jendela perpindahan kedua juga sudah ditutup.

Advertisements

Anak buah Nidzam Jamil bagaimanapun menerima sentuhan penjaga gol baharu iaitu Kalamullah Al-Hafiz dari Kedah Darul Aman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram