Kurangkan Import, Cungkil Bakat-Bakat Tempatan
Dunia
Penang FC
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Abdul Rashid Ismail menggesa persatuan bola sepak di Malaysia untuk menghidupkan semula arena bola sepak tempatan daripada peringkat akar umbi. Menurutnya, pencarian bakat perlu diteruskan bagi melahirkan lebih ramai pemain muda.

“Sebagai persatuan (bola sepak), kita perlu hidupkan semula arena bola sepak dari peringkat bawah. Kalau kita tidak mencari bakat di peringkat akar umbi, kita tidak akan boleh melahirkan pemain-pemain bola sepak yang baik.”

Datuk Abdul Rashid juga berpandangan bahawa pengambilan pemain-pemain import perlu dikurangkan bagi memberi laluan kepada lebih banyak peluang buat anak tempatan. 

Advertisements

“Bagi saya, kita tidak perlu mengambil terlalu banyak pemain import sebaliknya cungkil bakat-bakat tempatan yang sedia ada dalam negara.”

Ditanya berkaitan aspek barisan kejurulatihan, presiden FAP ini mengakui perlantikan jurulatih import dan jurulatih tempatan untuk bekerjasama dalam sesebuah pasukan boleh memberi nilai tambah kepada corak permainan pasukan.

“Pada masa yang sama, kita perlu melantik beberapa jurulatih import untuk bekerjasama dengan jurulatih tempatan sebagai usaha untuk mendedahkan cara permainan dan teknik yang berbeza kepada pemain,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui Bernama pada Mesyuarat Agung Tahunan FAP di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) pada semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram