Dunia
Getty Images
Advertisements

Bintang utama PSG, Kylian Mbappe kembali mencetuskan kegusaran kelab apabila beliau tanpa berselindung telah menyatakan hasrat meninggalkan PSG pada Julai ini. Kontrak Mbappe bersama PSG akan tamat menjelang akhir musim ini pada Julai 2022 dan beliau tidak mahu memperbaharui kontraknya bersama PSG.

Pemain berusia 22 tahun ini telah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid pada bulan Ogos lalu namun keengganan PSG melepaskan Mbappe merumitkan lagi keadaan. Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi bahkan sanggup berunding secara terus dengan Mbappe bagi melanjutkan kontrak pemain Perancis ini namun ditolak oleh Mbappe.

Menurut satu temubual bersama RMC Sport, Mbappe menyatakan saat beliau menyatakan hasrat mahu berpindah, beliau sudah tidak mahu memperbaharui kontrak bersama PSG. “Saya mahu kelab menerima transfer request saya agar mereka memperoleh wang dan menggunakannya untuk membawa masuk pengganti saya”.

Advertisements
KylianMbappe 1 Kenyataan Kylian Mbappe Berkenaan Isu Perpindahan Buat PSG Kembali Gusar
Aksi Mbappe bersama PSG

Real Madrid antara kelab paling utama yang menginginkan khidmat Mbappe ketika ini. Malah Mbappe juga pernah menyatakan keinginan untuk menyertai Real Madrid suatu ketika dulu.

Namun Mbappe memberitahu bahawa masih gembira berada di PSG ketika ini walaupun perpindahan beliau pada Ogos lalu tidak menjadi kenyataan.

“Orang cakap saya telah menolak 6 atau 7 kali tawaran untuk melanjutkan kontrak ataupun saya telah berhenti bercakap dengan Leonardo (pengarah sukan PSG) tetapi itu semua tidak benar. Saya gembira berada di PSG selama 4 tahun dan saya masih gembira ketika ini”.

Advertisements

PSG pastinya buntu sama ada mereka masih berpeluang mengekalkan khidmat Mbappe ketika ini. Malah ketibaan beberapa pemain bintang seperti Lionel Messi juga antara sebahagian daripada perancangan kelab agar dapat meyakinkan Mbappe untuk terus berada di PSG.

PSG telah membentuk serangan 3 serangkai yang berbahaya pada musim ini dibarisi oleh Neymar, Messi dan Mbappe. Ketiga-tiga pemain ini bakal menjadi sandaran utama PSG dibahagian serangan bagi memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini.

Real Madrid ketika ini menjadi satu-satunya kelab yang benar-benar berminat dah mampu untuk membawa masuk Kylian Mbappe. Namun melihatkan kontrak Mbappe yang akan tamat pada Julai 2022, Real berpeluang mengikat Mbappe secara perpindahan percuma seawal Januari 2022 nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram