Kylian Mbappe: Ini Sahaja Kemampuan PSG
Eropah
Paris Saint-Germain
Advertisements

Awal pagi tadi, Paris Saint-Germain sekali lagi kecewa apabila tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas ditewaskan Bayern Munich dengan keputusan agregat 3-0. Dan ini membuatkan penyerang berbisa Perancis, Kylian Mbappe berpandangan mungkin setakat ini saja kemampuan PSG.

PSG yang tampil tanpa beberapa tonggak termasuk Neymar dan Marquinhos akibat kecederaan tampak lesu sepanjang perlawanan. Malah, Mbappe yang menggalas peranan sebagai kapten juga gagal menginspirasikan rakan-rakan sepasukannya untuk bangkit menewaskan Bayern.

Tetapi yang paling teruk menerima kritikan ialah legenda Argentina, Lionel Messi. Messi tidak berupaya menampilkan magis sama yang membantu Argentina menjulang Piala Dunia 2022 sekaligus menimbulkan tuduhan beliau hanya mengutamakan Albiceleste berbanding PSG.

Advertisements

“Seperti saya katakan dalam sidang media pertama Liga Juara-Juara Eropah saya musim ini, kita akan lakukan yang maksimum. Kebenarannya ialah inilah tahap maksimum kami,” akui Mbappe.

Antara sebab Paris Saint-Germain tidak mampu bersaing musim ini ialah keperluan mematuhi Peraturan Kewangan Fair Play UEFA gara-gara kontrak baru kepada Mbappe. Akibatnya, mereka tidak dapat membeli bek tengah baru musim ini.

Situasi ini menurut legenda Perancis, David Ginola perlu diatasi segera jika mahu PSG menjulang gelaran UCL pada musim seterusnya. “Jika Paris Saint-Germain bercita-cita memenangi Liga Juara-Juara Eropah, mereka perlu membawa masuk pemain yang mencapai tahap yang dimahukan.

Advertisements

“Saya fikir mereka boleh mendapat kejayaan yang mereka cari dengan syarat mereka berhenti meletakkan semua harapan pada seorang pemain,” kata bekas pemain sayap Tottenham Hotspur itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram