Kyrgyzstan Terus Mengganas ‘Sekolahkan’ Chinese Taipei
Asia
Kyrgyz FU
Advertisements

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Kyrgyzstan sekali lagi tidak berdepan masalah untuk membenam cabaran Chinese Taipei.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Spartak, Kyrgyzstan itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik pada perlawanan tersebut.

Anak didik Stefan Tarkovic kelihatan begitu selesa untuk beraksi di laman sendiri apabila turun dengan barisan terhebat yang diketuai oleh Joel Kojo di bahagian serangan.

Advertisements

Percaturan itu membuahkan hasil apabila penyerang kacukan itu menjaringkan gol mudah pada minit ke-17.

Gol itu menambah keyakinan tuan rumah apabila menambah dua lagi jaringan oleh pemain sama yang melengkapkan hatrik.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 3-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, pasukan bimbingan Gary White cuba mengatur rentak baharu untuk menajamkan jentera serangan pasukan.

Ketinggalan tiga gol jelas merentap semangat pemain Chinese Taipei yang bergelut untuk mencari jaringan.

Christian Bauzman menambah derita lawan pada minit ke-79 sebelum Wu Yen-shu menjaringkan gol saguhati Chinese Taipei.

Advertisements

Aksi terdahulu menyaksikan Kyrgyzstan yang menghuni tangga ke-103 dunia mendapat tambahan mata FIFA selain unggul di tangga teratas Kumpulan D.

Artikel berkaitan: Chinese Taipei Tewas Kepada Kyrgyzstan

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram