La Liga: Gol Dramatik Pacu Real Madrid Tewaskan Barcelona
La Liga
FC Barcelona
Advertisements

Real Madrid terus memperkukuh cengkaman sebagai pendahulu La Liga dengan menundukkan Barcelona dalam aksi El Clasico awal pagi ini.

Los Blancos perlu menang hari ini untuk melebarkan jurang mata dengan Barca yang berada di tempat kedua.

Sementara Barcelona yang dibimbing Xavi pula mahu meraih kemenangan selepas disingkirkan Paris Saint-Germain dalam Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Andreas Christensen mengejutkan penyokong di Bernabeu dengan menyumbat gol pertama Barcelona pada minit keenam.

Kelebihan pelawat tidak bertahan lama apabila Vinicius Jr. menyamakan kedudukan buat Madrid menerusi sepakan penalti pada minit ke-18.

Barca kemudiannya ditimpa malang apabila pemain tengah Belanda, Frenkie de Jong terpaksa diusung keluar akibat kecederaan buku lali.

Advertisements

Keadaan ini memaksa Xavi memasukkan pemain muda meningkat naik, Pedri pada minit akhir babak pertama. Keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus bersaing memburu gol tambahan. Barca kemudiannya menambah gol kedua menerusi Fermin Lopez pada minit ke-69.

Gol tersebut tidak mematahkan semangat barisan pemain Los Blancos yang dibimbing Carlo Ancelotti. Mereka sekali lagi bangkit menyamakan kedudukan menerusi Lucas Vasquez pada minit ke-73.

Advertisements

Tatkala penyokong kedua-dua pasukan menyangka perlawanan hari ini berakhir dengan keputusan seri, pemain tengah England, Jude Bellingham sekali lagi menjadi wira Los Blancos.

Selepas membuatkan Barca merana pada Oktober 2023, Bellingham menceriakan penyokong tuan rumah dengan meledakkan gol kemenangan pada minit ke-91.

Sofascore memilih Lucas Vasquez hari ini sebagai pemain terbaik perlawanan di mana beliau mendapat markah 8.8. Vasquez mengatasi Bellingham dengan markah 0.3.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan Real Madrid mendahului liga dengan kelebihan 11 mata di hadapan Barcelona.

Selepas ini, Los Blancos bakal berhadapan Real Sociedad di San Sebastian pada 27 April. Sementara Barca pula berdepan Valencia pada 30 April.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram