La Liga: Getafe Malukan Real Madrid
La Liga
Javier Barbancho / Reuters
Advertisements

Apabila Real Madrid mendapat tarikh jadual perlawanan dengan Getafe untuk perlawanan tahun 2022, mereka menyangka ini merupakan perlawanan mudah. Tetapi sejarah menunjukkan kelab ini berupaya melakar kejutan ke atas Los Blancos. Dan apa yang dibimbangi jurulatih Carlo Ancelotti akhirnya menjadi kenyataan apabila kelab tersebut tewas 1-0 di tangan Azulones.

Gol tunggal perlawanan disumbangkan oleh pemain Turki Enes Unal selepas mengambil kesempatan daripada kesilapan Eder Militao sebelum menewaskan Thibault Courtois. Real yang mendominasi babak pertama cuba mengasak tetapi hanya mempunyai satu percubaan ke arah gol menerusi Luka Modric. Bagaimanapun, cubaan legenda Croatia itu dinafikan penjaga gol David Soria.

Pada babak kedua, Los Blancos terus berusaha mencari gol penyamaan. Cubaan mereka hampir berhasil menerusi Casemiro tetapi sepakan cantik beliau berjaya ditepis keluar oleh Soria. Keadaan ini berterusan sehingga wisel penamat.

Advertisements

Melihat permainan Real yang tidak bermaya sepanjang perlawanan, tidak hairanlah mengapa Ancelotti merasa marah dengan anak-anak buahnya. Dalam temubual pasca-perlawanan, beliau berkata, “Kami masih bercuti untuk satu hari tambahan. Ini bukan pasukan sama yang bermain sebelum Krismas – kurang komitmen dan gagal fokus. Kami tidak patut kalah tetapi kami berakhir dengan kekalahan, jadi ia satu peringatan kepada semua pemain.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram