Advertising
Lagenda Indonesia Beri Bayangan Herry Iman Bakal Ke Malaysia
UltraSukan
Badminton Indonesia

Bekas pemain badminton Indonesia, Mohammad Ahsan memberi bayangan seakan Herry Iman Pierngadi bakal menjadi jurulatih beregu lelaki Malaysia.

Ketika ini, kerusi panas selaku jurulatih beregu lelaki pasukan kebangsaan menjadi tumpuan ramai apabila Tan Bin Shen bakal melepaskan jawatan itu sebaik tamat Malaysia Open 2025.

Ad

Beberapa calon hangat mula diperkatakan dalam kalangan peminat badminton tanah air antaranya Mathias Boe, Paulus Firman, Koo Kien Keat dan juga jurulatih dari Indonesia, Herry Iman.

Ad

Di sebalik khabar angin tersebut, nama Herry Iman Pierngadi antara yang sering dibualkan apabila banyak laporan akhbar menyebut bekas jurulatih Indonesia itu bakal menjadi pilihan utama.

Ini dikuatkan lagi dengan satu komen yang ditinggalkan oleh Mohammad Ahsan di Instagram Herry Iman yang mahu turut serta sekiranya terdapat sesi menikmati durian Musang King pada masa akan datang.

Ad

”Jangan lupa ajak saya kalau nak makan (durian jenis) Musang King,” tulis Ahsan yang pernah muncul juara dunia bersama pasangannya, Hendra Setiawan pada tahun 2013.

Ad

”Baik, sudah pasti,” balas Herry Iman dengan respon positif.

Ad

Aktiviti mencari dan menikmati durian Musang King sering menjadi rutin kegemaran pemain antarabangsa, terutama dari Indonesia, setiap kali mereka menyertai kejohanan di Malaysia.

Ini seakan memberi petanda bahawa Herry semakin hampir untuk dilantik selaku jurulatih beregu lelaki negara diketuai oleh pasangan ke-6 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan lain-lain.

Untuk makluman, Herry Iman ketika ini masih bergelar ejen bebas setelah dilepaskan oleh skuad kebangsaan Indonesia pada Disember yang lalu.

Sehingga kini, tiada sebarang pengumuman rasmi dari pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan Rexy Mainaky selaku Pengarah Kejurulatihan akui masih meneliti beberapa calon.