Advertising
Lagenda Manchester City Anggap Real Madrid Tidak Layak Untuk Berada Di Final UCL
MakanBola
AP Photo

Lagenda kelab Manchester City, Peter Schmeichel meluahkan apa yang terbuku di hati selepas melihat pasukan kesayangannya tewas kepada Real Madrid dengan cara yang menyayat hati.

Bagi beliau, pasukan Real Madrid tidak layak untuk berada di pentas final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kerana pasukan kendalian Carlo Ancelotti bukanlah sebuah pasukan yang beraksi dengan baik dalam dua aksi separuh akhir kedua-dua pasukan.

Ad

“Peluang pertama (tepat pada sasaran) adalah gol pertama pada minit ke-90, gol kedua pula terhasil pada peluang kedua manakala gol ketiga telah hadir pada peluang ketiga mereka mencuba menepati sasaran (shot on target),” kata Schmeichel.

Ad

“Real Madrid tidak layak berada di final. Mereka merupakan pasukan yang teruk dalam dua perlawanan separuh akhir. City mengawal penuh permainan tetapi pada satu ketika kami bercakap tentang bagaimana para penyokong di stadium boleh menjadi pemain ke-12.

“Saya akui berasa sedikit kesal dengan Manchester City, saya perlu mengatakannya kerana saya fikir sebelum gol itu dijaringkan pada minit ke-90 mereka bermain dengan sangat baik dan mereka mempunyai segala-galanya di bawah kawalan mereka,” tambah Schmeichel.

Ad

Pada perlawanan awal pagi semalam, Manchester City kempunan sekali lagi untuk mendakap piala Liga Juara-Juara Eropah selepas disingkirkan Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir. Real berjaya menewaskan City dengan keputusan 3-1 untuk mara ke perlawanan akhir melalui kelebihan agregat 6-5.

Ad

Real bakal bertemu satu lagi kelab gergasi England, Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mei depan.

Ad