Advertising
Lagi Berita Baik Buat Penyokong Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Khabar gembira buat penyokong Harimau Malaya oleh DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Harimau Malaya telah mengumumkan pelantikan Ketua Jurulatih, Peter Cklamovski untuk membantu cabaran negara beraksi di Kelayakan Piala Asia 2027.

Ad

Skuad kebangsaan juga dilaporkan bakal menerima sentuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya tidak lama lagi.

Ad

“Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan Malaysia mestilah seorang yang memahami bola sepak dan mengetahui selok-belok sukan ini secara profesional supaya dapat menghubungkan aspek teknikal, komersial, dan hubungan interpersonal dalam bola sepak. 

“Beliau juga perlu mempunyai rangkaian yang kukuh dalam industri bola sepak dengan hubungan erat bersama individu-individu yang berjaya dalam sukan ini bagi merangka hala tuju Harimau Malaya,” ujarnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Ad

Baginda menekankan bahawa CEO baharu perlu memiliki ciri kepimpinan tambahan untuk membentuk acuan terbaik buat skuad kebangsaan.

Ad

“Beliau mestilah seorang yang bukan sahaja pernah bermain di peringkat tertinggi, tetapi juga seorang usahawan yang mampu memacu kepentingan komersial Harimau Malaya.

Ad

DYAM Tunku Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sasaran bersama Harimau Malaya adalah untuk melihat peningkatan daripada setiap aspek.

“Peningkatan daripada setiap aspek,” jelas DYAM Tunku Ismail dalam satu hantaran di laman X.

Malaysia akan beraksi pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 selepas diundi bersama Vietnam, Nepal dan Laos.