Lagi Kes Pergaduhan Melibatkan Pemain Amatur Berlaku
Komuniti
MakanBola
Piang Shankly
Advertisements

Kes pergaduhan membabitkan pemain bola sepak di Malaysia terutama di peringkat akar umbi dan amatur semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Terbaru, imej liga bola sepak Terengganu, Terengganu Football League (TFL) tercemar gara-gara insiden pergaduhan membabitkan pemain Kesa FC dan Nag FC.

Advertisements

Insiden tersebut didakwa tercetus akibat rasa tidak puas hati pemain Kesa terhadap Nag. Ini selepas pasukan yang menduduki tangga tercorot TFL itu merekodkan kemenangan pertama mereka dengan membelasah Kesa 4-1.

Insiden pergaduhan ini dilaporkan berlaku di Padang Sintetik, Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT), Gong Badak semalam.

Advertisements

Insiden tersebut menyaksikan bapa kepada salah seorang pemain turut mengalami kecederaan di bahagian kepala sehingga memerlukan rawatan perubatan.

Insiden pergaduhan ini tular di media sosial apabila video pergaduhan pemain kedua-dua pasukan dimuatnaik oleh pemerhati bola sepak Terengganu, Piang Shankly.

Advertisements

Sebaik insiden tersebut tular, ramai peminat bola sepak Terengganu mengecam tingkah laku pemain Kesa di ruang komen TFL.

Antara peminat yang kurang senang dengan perilaku mereka ialah pengguna Facebook, Yoo Hoho. Dia mempersoalkan sama ada barisan pemain Kesa ini benar-benar matang atau tidak.

Advertisements

Ini kerana tindakan ganas sebegitu boleh saja menggelapkan masa depan mereka sebagai pemain bola sepak.

“Kesa FC tak siap ke apa? Macam orang tak matang bila main bola. Kalau nak gaduh masa main bola, pergi masuk Muay Thai lagi baik,” katanya.

Advertisements

Pandangan Yoo Hoho itu turut dipersetujui seorang lagi pengguna Facebook, Afan Hakeem. Dia berharap tindakan keras dapat diambil oleh TFL ke atas pemain-pemain yang terlibat.

“TFL jangan buat tak tahu saja. Sudah setara dengan samseng bola sepak, boleh mati orang yang kena,” ujarnya.

Advertisements

Insiden ini dijangka mendapat perhatian penganjur TFL iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan pihak berkuasa.

News Comments Account