Laman Penyokong Korea Bocorkan Kriteria Pertahanan Baharu Kelantan
Dunia
TRW KELANTAN FC
Advertisements

Sebuah laman penyokong kelab korea, Pohang Steelers di Twitter ada berkongsikan kriteria pemain import baharu yang dibawa masuk oleh Kelantan.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah Kim Min-qyu, pertahanan muda kelahiran Korea Selatan.

Bekas pertahanan bawah 17 Korea Selatan ini merupakan antara pilihan jurulatih, Choi Moon-sik untuk memantapkan lagi benteng pertahanan pasukan.

Advertisements

Katanya, pemain ini sebenarnya cuba untuk menawarkan diri ke salah sebuah kelab di Korea namun perpindahan itu tidak mencapai persetujuan.

Mengulas lanjut, pemain berusia 23 tahun itu disifatkan sebagai seorang yang pemain yang memiliki kelebihan di udara.

Advertisements

“Dia dikatakan seorang pemain yang sangat fizikal yang boleh menggunakan ketinggiannya dengan baik untuk memenangi duel udara!”

Beliau juga sudah pun tampil dalam kesebelasan utama The Red Warriors dan mencatatkan rekod tanpa bolos ketika menewaskan UITM FC, 3-0 semalam.

Advertisements

Khidatnya sudah tentu ditagih pengendali pasukan bagi memastikan perjalanan tahun 2023 Kelantan berjalan lancar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram