Advertising
Laman Popular UK Kaitkan Aksi Manchester United Di SSI
MakanBola
MUFC/JST

Manchester United dikaitkan bakal beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menurut salah sebuah laman terkenal di United Kingdom (UK).

Terdahulu, Manchester United dilaporkan bakal mengadakan jelajah pra-musim di Malaysia dengan tarikh jangkaan adalah sekitar Mei ini sebaik aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) tamat.

Ad

Walau bagaimanapun, tiada perkembangan terbaru diterima khususnya membabitkan lawan dan juga venue untuk jelajah pra-musim Manchester United di Malaysia kali ini..

Ad

Khabar terbaharu dari salah satu laman terkemuka, Stretford Paddock memaklumkan bahawa The Red Devils akan tiba ke Malaysia untuk jelajah pra-musim selain turut akan berada di Hong Kong.

Lebih menarik, laman dari UK itu turut memuat naik sekeping foto Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di dalam hantaran tersebut sekaligus memberi petanda bahawa Manchester United akan beraksi di sana.

Ad

“Terkini, Manchester United dijadualkan untuk bermain dua perlawanan di Malaysia dan Hong Kong sebaik sahaja tamat Liga Perdana Inggeris pada bulan Mei,” lapor Stretford Paddock.

Ad

Malah, pemerhati bola sepak Johor, Juan Budiman menerusi satu hantaran seakan tidak menolak kemungkinan JDT akan menjadi lawan Manchester United di SSI dalam jelajah pra-musim itu nanti.

Ad

Sehingga kini, pengumuman rasmi mengenai jelajah pra-musim ini masih belum dikeluarkan oleh mana-mana pihak secara rasmi baik Manchester United mahupun JDT.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments