Seorang peminat bola sepak dari Kelantan mencuri perhatian ramai pengguna media sosial kerana memiliki wajah persis bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal.
Seorang pengguna TikTok bernama Bossskkkk mengakui merasa hairan apabila ramai orang menyatakan dia memiliki wajah persis bintang Barcelona itu.
Malah, persamaan rupa mereka turut menjadi subjek berita beberapa portal untuk liputan final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan juara bertahan, Argentina.
“Kenapa ramai orang mesej ini? Siap masuk laman-laman terkenal ini. Betul ke sama (rupa) macam Lamine Yamal? Cuba bagi markah 1-10,” katanya di TikTok.
Sesiapa yang melihat video berkenaan dapat melihat persamaan antara Bossskkkk dengan Yamal. Ini termasuk persamaan pada bahagian mata, hidung dan gigi.
Selepas video itu dimuat naik, ramai pengguna memberi komen yang melucukan. Wanmohanuari meninggalkan komen ini, “Lamine Yamal versi Kelantan.”
Seorang lagi pengguna bernama Abeduan turut senada dengan dia. “Ada iras, macam adik-beradik. Saya bagi markah 8/10,” ujarnya.
Yamal meraih trofi keduanya bersama Sepanyol dengan menjulang Piala Dunia 2026. Sebelum itu, beliau membantu La Roja muncul juara Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2024.