Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal mengibarkan bendera Barcelona semasa perarakan meraikan kejayaan kelab itu bergelar juara La Liga.
Drop Site melaporkan bintang berusia 18 tahun itu menerima bendera itu daripada penyokong ketika bas sudah melalui separuh perjalanan dari Camp Nou ke pusat bandar Barcelona.
Selepas menerima bendera Palestin, Yamal mengibarkan bendera tersebut dengan rasa gembira. Klip vidoe beliau mengibarkan bendera berkenaan tular di media sosial.
Malah, ia turut mendapat perhatian akaun media sosial rasmi kerajaan Palestin. Akaun tersebut menyebut nama Yamal, Palestin dan tiga simbol hati atas solidariti beliau untuk perjuangan rakyat Palestin.
Ribuan orang berada di tepi jalan sepanjang perarakan bagi meraikan kejayaan Barca bergelar juara liga. Barcelona muncul juara selepas mengalahkan musuh tradisi, Real Madrid dalam aksi El Clasico.
Sejak Israel melancarkan kempen ganas terhadap rakyat Palestin sejak Oktober 2023, Barcelona menjadi hab perjuangan pro-Palestin.
Ini termasuk sebagai tempat flotila bantuan kemanusiaan berlepas dengan tujuan memecah kepungan Israel terhadap Semenanjung Gaza.