Langkah Genius Kim Pan-gon & FAM
Blog
FA Malaysia
Advertisements

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilihat sangat teliti dalam membuat persediaan terbaik bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 Jun nanti.

Walaupun memiliki kelebihan sebagai tuan rumah untuk kempen kelayakan itu nanti, namun persediaan yang terbaik perlu dilakukan agar pasukan negara berjaya melangkah ke kejohanan sebenar iaitu Piala Asia di China tahun hadapan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM), pasukan negara akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada 27 Mei hingga 1 Jun 2022.

Advertisements

Dan Kim Pan-gon telah pun membuat keputusan terbaik untuk memilih pasukan kebangsaan Hong Kong dan Myanmar sebagai medan ujian seterusnya buat Harimau Malaya dalam usaha beliau mendapatkan skuad terbaik yang bakal dibawa ke Kelayakan Piala Asia 2023 itu nanti.

Memilih untuk menentang Hong Kong dan Myanmar ini pastinya langkah ‘genius’ yang diambil Pan-gon dan FAM. Ini kerana, kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan yang berada di ranking lebih atas dari Malaysia yang dijangka mampu ditewaskan oleh anak buah Pan-gon.

Selain daripada itu, langkah genius ini akan membantu pasukan Malaysia untuk mendaki ranking bola sepak dunia jika berjaya menewaskan kedua-dua pasukan tersebut. Apabila ranking Malaysia naik, pasti pemain-pemain negara berpeluang mengembangkan karier di luar negara.

Advertisements

Untuk rekod, Malaysia kini berada di ranking ke-154 dunia manakala Hong Kong berada 7 tangga di atas Malaysia iaitu di ranking ke-147 dunia. Myanmar pula hanya dua tangga di atas Malaysia iaitu di ranking ke-152 dunia.

Walau apa pun keputusan yang bakal diraih nanti, pasukan negara dituntut untuk memperagakan aksi yang terbaik lebih-lebih lagi dihadapan penyokong sendiri agar sasaran untuk layak ke Piala Asia 2023 dapat direalisasikan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram