Dunia
Advertisements

Susulan surat dari pembaca ke portal MalaysiaKini, yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap lantikan ahli politik dalam pengurusan kelab bolasepak Felda United dan PDRM. Ahli politik yang dimaksudkan adalah ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang Young Syefura atau Rara.

featured YB Rara Felda United makanbola Kontroversi Lantikan Politik Felda United, YB Rara Jawab Tomahan MalaysiaKini
YB Rara dilantik sebagai Exco Felda United.

Menjawab surat itu melalui status Twitter beliau bertarikh 29 Julai seperti di bawah:

Antara intipati jawapan balas YB Rara ialah mengenai status sebagai Pengurus pasukan Bola Sepak Wanita PDRM hanyalah untuk Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah sahaja, bukannya sebagai pengurus tetap.

Advertisements

Beliau juga menyatakan bahawa sukan bola sepak wanita ada potensi untuk digilap tapi kurangnya inisiatif ke arah itu menjadikan ianya masih lagi belum cukup berkembang, tidak seperti futsal wanita.

YB Rara juga menyatakan pendiriannya yang menyokong usaha YB Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dalam isu campur tangan politik dalam persatuan sukan, walaupun ‘teguran’ itu sebenarnya lebih difokuskan pada jawatan Presiden atau Pengerusi persatuan Sukan. Isu utama teguran ini dibuat adalah berkisar kepada konflik kepentingan yang melibatkan peruntukan kerajaan.

Antara sebab yang dikemukakan oleh YB Rara bagi persetujuan menerima jawatan Ahli Lembaga Pengarah Kelab Felda United adalah kerana lantikan wanita dalam organisasi pengurusan sukan adalah satu bentuk pengiktirafan walaupun beliau sendiri tidak mempunyai latarbelakang sukan.

Advertisements

Lantikan ini juga bagi beliau memberikan kapasiti yang lebih besar untuknya menyumbang kepada pembangunan bolasepak wanita khususnya dalam kelab Felda United. Antara matlamat yang beliau ingin capai ialah menghidupkan kembali pasukan bola sepak wanita dalam Kelab Felda United yang terhenti sejak 2017.

Pembangunan bola sepak wanita Felda United terhenti sejak 2017.

Penglibatan dalam kelab sukan ini akan meningkatkan lagi pengetahuan dalam mendalami masalah akar umbi pengurusan dan pengetahuan yang diperoleh akan membolehkan beliau mengutarakan idea-idea baru untuk sukan wanita.

Kami di MakanBola merasakan ianya adalah satu jawapan balas yang baik, tapi perlulah disusuli dengan tindakan, sebab ramai juga yang jenis pandai cakap saja. Apapun, MB ucapkan Selamat Maju Jaya buat YB Rara dan pasukan Felda United.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram