Laporan AFC Dedah 9 Kelemahan Tadbir Urus FAM
MakanBola
FA Malaysia

Laporan audit Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mendedahkan sembilan kelemahan tadbir urus Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini berdasarkan gambar laporan tersebut yang dikongsikan wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran dalam satu hantaran di X.

Sembilan kelemahan yang dikesan ialah:

  1. Struktur tadbir urus hanya wujud di atas kertas tetapi tidak pernah diluluskan atau dikuatkuasakan secara normal oleh Exco.
  2. Kuasa tetumpu kepada kepimpinan atasan secara tidak formal sekaligus melangkaui mandat dan garis laporan formal.
  3. Fungsi kritikal dibina sekitar individu dan bukannya institusi.
  4. Jabatan FAM dikesan tidak mengeluarkan pelan perniagaan tahunan, kalendar aktiviti atau laporan prestasi.
  5. Draf polisi wujud tetapi tidak diluluskan sekaligus menjadikan ia tidak boleh dikuatkuasakan dan boleh dicabar dari segi undang-undang.
  6. Tiada kerangka kerja pengukur prestasi dalam mana-mana jabatan.
  7. Staf diberi tugas tambahan tanpa sebarang semakan kapasiti, izin atau penyelarasan gaji.
  8. Pengetahuan institusi tertumpu kepada dua atau tiga orang di setiap jabatan tanpa sebarang pelan peralihan.
  9. Budaya berasaskan ketakutan yang menekan staf daripada menyampaikan kebimbangan mereka tentang sesebuah isu sebelum ia menjadi kritikal.

Selain itu, FAM juga dikesan gagal membentangkan bajet tahunan mereka kepada kongres badan induk itu sejak tahun 2016. FAM juga dilihat tidak memiliki dasar kelulusan pembayaran.

Ini kerana sebarang jumlah bayaran yang dikemukakan hanya diluluskan oleh Setiausaha Agung dan Bendahari badan induk itu sahaja. Ini berdasarkan ciapan yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom di X.

Susulan pembentangan laporan audit berkenaan, Presiden Kehormat FAM, Tan Sri Haji Hamidin Haji Mohd Amin melihat laporan itu sebagai batu asas buat badan induk itu memperbaiki semua aspek kelemahan yang disentuh AFC.

Claim Money Packet TnG