Hari ini telah tular satu video yang memaparkan situasi dan keadaan sebenar di dalam bilik persalinan KL City. Video yang berdurasi 39 saat itu sempat dirakam dan telah dikongsikan di laman Instagram Astro Arena.

Dalam video tersebut, ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak kelihatan amat tegas dan garang memberi kata-kata semangat serta motivasi buat pasukan. Jeritan Bojan Hodak itu menjadi nadi kepada kemenjadian pasukan KL City.


Bojan gesa anak buahnya untuk terus bersemangat dan yakin untuk bangkit di separuh masa kedua perlawanan. “Mark the man! Next to him!” laung Bojan.

Jika dilihat dengan teliti, situasi itu berlaku ketika aksi KL City FC menentang pasukan Sri Pahang FC. KL City yang diundi dalam kumpulan A berjaya menewaskan Sri Pahang 3-1 pada aksi pertama Piala Malaysia 2021. Perlawanan timbal balik terus memihak kepada KL City apabila pasukan itu menewaskan Sri Pahang 1-0.


Perjalanan yang ditempuhi KL City diteruskan. KL City menang keatas Selangor FC di Suku Akhir dan menang keatas Melaka United pada aksi Separuh Akhir. Layak ke final dan berjaya menewaskan Johor Darul Ta’zim, dengan keputusan 2-0.

Penantian 32 tahun warga kota akhirnya terbalas. KL City FC dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2021.


Saksikan dan perhatikan dengan teliti video dibawah: