Layak Ke Piala Asia B-23 Bukti ‘Pool’ Pemain Muda Malaysia Semakin Meluas
Blog
FAM
Advertisements

Layak secara merit ke Piala Asia 2022 adalah satu kejayaan untuk skuad negara dan lebih manis lagi, pasukan negara menghabiskan kempen Kelayakan Piala Asia tanpa sebarang kekalahan dan kebal tanpa dibolosi.

Pasukan negara berjaya menewaskan Laos pada perlawanan pertama dengan keputusan 1-0. Selepas itu, Malaysia meneruskan kecemerlangan dengan membenam cabaran tuan rumah dengan jaringan yang sama sebelum menghabiskan kempen menentang Thailand dengah keputusan seri 0-0.

Disebalik kemaraan pasukan negara ke Piala Asia B-23 di Uzbekistan tahun hadapan, ramai yang terlupa bahawa majoriti pemain yang diturunkan merupakan pemain yang berusia bawah 20 tahun. Ternyata tindakan berani Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memanggil pemain-pemain muda ini dilihat membuahkan hasil selepas mereka menunjukaan aksi yang konsisten dalam kesemua 3 perlawanan.

Advertisements

Pemain seperti Harith Haiqal, Zikri Khalili dan Azrin Afiq dilihat mempamerkan persembahan bertenaga di barisan pertahanan di samping Luqman Hakim yang beraksi bahagian serangan kerap kali membuka ruang dan peluang rakan sepasukan melakukan serangan.

Denga majoriti pemain berusia di bawah 20 tahun dan mampu layak ke Piala Asia B-23 secara merit, ianya sekali gus menjadikan ‘pool’ pemain muda negara semakin meluas. Tindakan berani FAM ini perlu dipuji demi pembangunan bola sepak negara dalam masa 5 tahun yang akan datang.

Perlu diingatkan, skuad ini hadir ke Mongolia tanpa beberapa pemain yang cemerlang di dalam liga seperti penyerang Selangor, Danial Asri (21 tahun), pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman (19 tahun) dan juga pemain tengah Selangor, Aliff Haiqal Lau (21 tahun).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram