Layak Pasport Malaysia, Pemain Scotland, Fergus Tierney Sertai JDT 2?
MakanBola
Sponsors

Pemain berdarah Scotland, Fergus Tierney dirakam beraksi bersama JDT 2 dalam 1 perlawanan persabatan di antara JDT 2 menentang Petaling Jaya City pada 4 Februari 2022.

Pemain dengan kelebihan fizikal ini lahir pada tahun 2003 di Scotland dan aktif berlatih bersama akademi bola sepak di Eropah dan Asia termasuklah bersama Penang FC dan JDT 2.

Ad
Sponsors
https://www.youtube.com/watch?v=npNEr_mm9TU

Beliau memegang pasport British dan layak untuk menerima pasport Malaysia kerana sudah lama menetap di negara ini.

Ad

Baru berumur 20 tahun, Fergus Tierney mempunyai kelebihan fizikal dengan ketinggian 184 cm selain kekuatan stamina luar biasa.

Buat masa ini belum terdapat sebarang informasi tambahan samada beliau hanya menyertai sesi pemilihan atau sudah mengiklat kontrak bersama Johor Darul Ta’zim.

Ad