Layak Ke Piala Asia B-17, Kim Swee Akui Perbezaan Pemain Muda Malaysia Dan Jepun
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Kejayaan Skuad Bawah 16 Tahun Negara lolos ke Piala Asia Bawah 17 (B-17) tahun hadapan ternyata memberikan pelbagai reaksi berbeza mengenai sistem pembangunan bola sepak negara.

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mempunyai pendapat beliau yang tersendiri mengenai kejayaan tersebut. Kim Swee berpendapat masih terlalu awal untuk menilai kejayaan sistem pembangunan bola sepak negara.

“Kita tidak boleh menilai hanya pada satu pusingan kelayakan dan tiba-tiba membuat kesimpulan bahawa terdapat peningkatan besar dalam pembangunan bola sepak kita.

Advertisements

“Saya tidak mengatakan kredit tidak sepatutnya diberikan kepada pasukan (Bawah 16 negara), tetapi kita tidak boleh mengatakan kerana keputusan dalam kelayakan ini, terdapat satu lonjakan dalam sistem pembangunan,” jelas Kim Swee.

Kim Swee yang juga merupakan bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedar akan perbezaan di antara para pemain muda negara ini dan pemain-pemain dari Jepun.

Advertisements

“Apabila ianya melibatkan peringkat umur 13 hingga 16 tahun, tahap bola sepak kita tidak terlalu jauh jika hendak dibandingkan dengan negara Timur Tengah, Jepun mahupun Korea kerana mereka tidak unggul dalam kategori (peringkat umur) ini.

“Jika kita melihat Jepun dan seumpamanya, apakah jenis pertandingan bola sepak yang mereka mainkan? Apakah jenis liga yang dimainkan oleh pemain berusia 16 tahun mereka? Kemudian, kita lihat pula pemain kita bermain di peringkat remaja tetapi adakah mereka mempunyai pendedahan luar negara?” tambah Kim Swee seperti dilaporkan NST.

Advertisements

Sebagai rekod, Malaysia layak ke Piala Asia B-17 selepas menjuarai kumpulan B dalam pusingan kelayakan dengan mengekalkan rekod tanpa kalah. Malaysia juga telah menyingkirkan pasukan tuan rumah kelayakan, Indonesia yang gagal mara ke kejohanan utama tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram