Lebih 30,000 Tiket Habis Dijual Untuk Perlawanan Sabah Menentang JDT
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Kehangatan aksi Liga Super 2022 seterusnya antara pasukan Sabah dan Johor Darul Ta’zim kian terasa tatkala jualan tiket secara atas talian telah pun habis dijual.

Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini sedang mengungguli kedudukan carta Liga Super 2022 bakal berdepan cabaran sukar berdepan pasukan The Rhinos pada 15 Julai kelak.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Likas itu menyaksikan lebih 30,000 ribu orang penonton bakal membanjiri stadium bagi menyaksikan pertembungan yang penuh dramatik ini.

Advertisements

Stadium yang terletak di Kota Kinabalu Sabah itu mampu menampung kira-kira 35,000 orang penonton. Untuk makluman, pihak pengurusan Sabah FC memaklumkan bahawa baki 3000 tiket akan dijual secara fizikal pada Khamis, 14 Julai bermula jam 10 pagi.

Anak buah Ong Kim Swee semestinya sedang membuat persiapan terbaik, memanfaatkan kelebihan tuan rumah beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Sabah bagi meraih tiga mata menewaskan gergasi dari Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram