Dunia
Advertisements

Ibarat perlawanan akhir Piala Dunia, jualan tiket perlawanan Kelayakan Piala Dunia di antara Malaysia dan Indonesia laku keras apabila terjual lebih 74,038.

Menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam 1 kenyataan yang dikeluarkan jam 7.29 pagi tadi, tiket perlawanan telahpun terjual sebanyak 74,038 secara dalam talian.

Tiada Jualan Tiket Dikaunter Jika Tiket Online Habis

Dalam kenyataan yang sama juga menyatakan, tidak ada jualan tiket secara offline di kaunter sekiranya tiket habis terjual sebelum hari perlawanan.

Advertisements

Sebanyak 4500 tiket disediakan buat pasukan pelawat dan tiket buat pasukan pelawat sudah awal-awal lagi habis terjual menunjukkan keterujaan rakyat Indonesia untuk melihat aksi terhebat galaksi ini.

2 1 Lebih 74,000 Tiket Malaysia - Indonesia Terjual
Foto: Perbadanan Stadium Negara

Stadium Nasional Bukit Jalil mampu memuatkan hampir 90,000 penonton dan Selasa ini rakyat Malaysia dan Indonesia bakal disajikan satu pengalaman persis perlawanan akhir Piala Dunia apabila dua pasukan terbaik galaksi bertembung dihadapan 90,000 penonton.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram