“Lebih Ramai Presiden Kena Ikut Jejak Hamidin Demi Kemajuan Sukan” – Hannah Yeo
Dunia
Football Association of Malaysia
Advertisements

Kejayaan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjawat jawatan di dalam badan induk bolasepak dunia, FIFA, wajar menjadi contoh dan ikutan kepada lebih ramai presiden persatuan sukan kebangsaan.

Itu harapan diletakkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeo, yang menegaskan kejayaan seseorang individu mendapat tempat di dalam persatuan sukan peringkat global menunjukkan kepimpinannya berada dalam landasan yang betul.

“Semestinya pengurusan dan pentadbiran sukan sangat penting kerana kalau tiada pengurusan dan pentadbiran yang baik, dana-dana yang dikutip, polisi dan hala tuju untuk sukan itu tidak boleh maju ke depan.

Advertisements

“Jadi saya berharap lebih banyak pengurusan mereka boleh bertanding secara sihat bukan saja di tanah air tetapi seperti Datuk Hamidin yang pergi ke peringkat antarabangsa,” kata Hannah Yeo.

Beliau ditemui pemberita selepas hadir di Majlis Kesyukuran sempena Hamidin dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA di Wisma FAM pada Selasa.

Minggu lalu, Hamidin mencipta sejarah apabila terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027.

Advertisements

Beliau mengisi satu daripada lima kerusi setelah mendapat 30 undian di Kongres AFC ke-33 yang berlangsung di Manama, Bahrain.

Sebagai rekod, Hamidin adalah wakil Malaysia keempat dalam sejarah menganggotai Ahli Majlis FIFA selepas Lim Kee Siong (1960), Tan Sri Hamzah Abu Samah (1972) dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2015).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram