Ledakan Torpedo Mukhairi Ajmal Buat Ramai Tergamam
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Perancang Selangor FC, Mukhairi Ajmal berjaya mencatat nama sebagai penjaring dalam aksi final Piala Harapan antara pasukan Selangor dan Penang.

Walaupun pasukan Merah Kuning tewas kepada Penang dengan keputusan 2-1, jaringan berkelas dunia Mukhairi Ajmal berjaya mencuri tumpuan ramai.

Menggalas tugas selaku kapten pasukan Selangor, pemain berusia 21 tahun itu membalas kepercayaan pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe dengan menampilkan aksi cemerlang.

Advertisements

Pada minit ke-24 permainan, Mukhairi Ajmal telah memecah kebuntuan di Stadium Negeri Batu Kawan Pulau Pinang. Ledakan dari jarak jauh Mukhairi Ajmal terus menerjah jaring sekaligus menewaskan penjaga gol Penang.

Balrz TV

Keberanian serta ketepatan rembatan Mukhairi terus menjadi bualan ramai. Jika ditinjau menerusi ciapan di laman Twitter, ramai pemerhati bola sepak tempatan memuji jaringan pemain yang gemar melakukan percubaan dari luar kotak penalti ini.

Kali ini, percubaanmya itu menjadi sekaligus berjaya buktikan bahawa beliau memiliki bakat dalam rembatan jarak jauh.

Advertisements

Bagaimanapun jaringan tunggal Mukhairi itu tak cukup untuk memberi kemenangan buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe. Pasukan Penang berjaya bangkit pada babak kedua permainan menerusi ledakan Soony Saad.

Sonny menjadi wira pasukan tuan rumah apabila menjaringkan dua gol sekaligus memastikan gelaran juara Piala Harapan 2023 menjadi milik Penang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram