fbpx

Lee Chong Wei Beri Sumbangan Kepada Masjid

97 views

Tanpa mengira bangsa dan agama, lagenda dan juga bekas jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan nilai murni dan sisi mulia rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan memberi sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala.

Perkara ini dimuat naik di Facebook rasmi Masjid tersebut yang turut menyertakan gambar lagenda tersebut.

Status di Facebook itu turut dikongsi di akaun Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Tindakan belia mendapat pujian daripada kebanyakan netizen dan berharap agar dicontohi oleh pihak lain.

Datuk Lee Chong Wei sememangnya terkenal dengan sikapnya yang baik hati serta mesra dengan semua kaum.Malah beliau sering memuat naik hantaran di Facebook dan Instagram untuk mengeratkan hubungan dengan peminatnya.

Kongsikan Berita Gembira Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sedang #trending

You May Also Like