Lee Jeyoon Dirakam Teliti Ulang Kaji Perlawanan Skuad Senior
Dunia
Haziq / MakanBola
Advertisements

Juruanalisis prestasi pasukan bawah 23 tahun negara, Lee Jeyoon sudah mula menjalankan tugasnya apabila beliau dikesan turun bagi menganalisis perlawanan pasukan senior.

Jeyoon dilihat berada dalam stadium bersama-sama seorang lagi pembantu jurulatih sedang mengumpul data kedua-dua perlawanan pada malam tersebut.

Beliau yang memiliki Lesen B AFC (2020) & Analisis Prestasi Tahap 1 KFA (2022) berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan setiap laporan daripada pertembungan separuh akhir itu.

Advertisements

Malah, ketika perlawanan Malaysia berdepan Thailand, mereka juga terus mengumpul informasi perlawanan yang juga bakal membantu Kim Pan-gon memperbaiki kelemahan pasukan.

Bukan itu sahaja, perkara ini amat penting dalam usaha membentuk kombinasi yang baik antara pasukan senior dan juga junior selain membina DNA Malaysia yang diidamkan oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan itu.

Data yang diperoleh ini juga sudah semestinya amat penting buat barisan kejurulatihan Harimau Malaya bagi membuat analisis kekuatan pasukan Tajikistan selepas menundukkan Trinidad & Tobago dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Pan-gon juga sudah pun memberitahu bahawa beliau akan menganalisis semula kelemahan yang ditonjolkan oleh anak buahnya terutamanya pada babak kedua bertemu dengan Gajah Perang tempoh hari.

Pengendali berusia 53 tahun itu sudah pasti mahu membuat percaturan sebaik mungkin tatkala anak didiknya bakal turun berdepan lawan yang berada pada kedudukan ke-109 dunia.

Malaysia juga bakal turun dalam misi menamatkan kemarau 44 tahun dalam kejohanan ini dan sudah tentu mahu menjulang King’s Cup di laman lawan tradisi Harimau Malaya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram