Lee Tuck : 3 Pemain Naturalisasi Bangkitkan Lagi Semangat Saya Sarung Jersi Keramat Pasukan Malaysia
Dunia
Lee Tuck
Advertisements

Bekas pemain Terengganu FC, Lee Tuck setia menunggu prosedur rasmi untuk urusan menaturalisasi dirinya bagi menyarung jersi Harimau Malaya.

Pemain yang dipinjamkan ke Terengganu ini yakin bahawa jika beliau dipilih untuk bersama skuad kebangsaan selepas dinaturalisasi, Tuck akan menunjukkan prestasi yang cemerlang buat pasukan keramat itu kerana dengan kesungguhan yang beliau tampilkan sebelum ini telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk FAM.

Jelas pemain kelahiran Halifax, England ini turut tercabar dengan 3 pemain yang telah menyarung jersi skuad kebangsaan. Antara pemain ‘import’ itu ialah Mohamadou Sumareh (Gambia), Liridon Krasniqi (Kosovo) dan Guilherme de Paula (Brazil).

Advertisements

“Jika diberi peluang sudah tentu saya tidak mahu lepaskan peluang untuk menyarung jersi pasukan Harimau Malaya selepas tempoh lima tahun yang disyaratkan bakal berakhir tahun ini.

“Kelibat tiga pemain naturalisasi yang beraksi bersama pasukan Malaysia baru-baru ini bagaikan membangkitkan lagi semangat saya untuk menyarung jersi keramat pasukan Malaysia.

Saya rasa ini peluang terbaik buat saya jika menjadi pemain naturalisasi. Lagipun semua orang mahukan yang terbaik buat pasukan negara termasuk penyokong setia,” jelasnya

Advertisements

Tuck percaya pengurusan bola sepak negara kini semakin melangkah ke hadapan untuk terus progesif dalam mengendali bola sepak negara. Akan tetapi untuk melangkah lebih jauh perlukan pelbagai cabaran yang harus ditempuh kerana dalam pepatah ada mengatakan bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.

“Kita tahu pelbagai pendapat dan kritikan yang positif dan negatif, semuanya mahukan yang terbaik buat pasukan Malaysia, ianya juga kritikan membina yang perlu diambil serius untuk memajukan bola sepak negara, usaha itu juga sudah dimainkan badan induk bola sepak negara, saya lihat sudah ada peningkatan dan pastinya penyokong juga gembira dengan keadaan itu.

“Tapi kini saya boleh memerhati sahaja kerana belum lagi menjadi pemain naturalisasi selain mengharapkan pasukan Malaysia mampu pergi lebih jauh sehingga ke peringkat dunia,” katanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram