Lekir Ahmad Jawab Dakwaan Subsidi Bagi Menyokong Harimau Malaya
Harimau Malaya
Lekir Hj Ahmad
Advertisements

Kecoh di media sosial sejak beberapa hari yang lalu mengenai dakwaan bahawa Capo Ultras Malaya, Lekir Ahmad menerima subsidi untuk menyokong skuad kebangsaan di luar negara.

Selepas beberapa hari arena bola sepak Malaysia digegarkan dengan dakwaan tersebut, Lekir akhirnya menjelaskan situasi sebenar yang terjadi selama ini.

Menganggap dakwaan tersebut sebagai fitnah, Lekir nyata kecewa kerana segala kos ke luar negara untuk menyokong Harimau Malaya adalah menggunakan duit sendiri tanpa bantuan dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Advertisements

“Tiba masanya untuk saya memulakan bicara yang tidak perlu panjang tapi cukup untuk MENAFIKAN segala fitnah yang tersebar luas berkaitan diri saya di bulan suci ini.

“Segala fitnah berkaitan subsidi ke luar negara untuk menyokong pasukan bola sepak kebangsaan adalah salah dan semua kos adalah atas biaya saya sendiri. Persepsi yang mengatakan saya melobi/ mendapatkan projek daripada FAM juga adalah salah kerana saya tiada apa-apa yang nak dikejarkan dalam FAM, saya ada kerjaya saya sendiri dan alhamdulillah saya cukup makan dengan cara ini.

“Tidak dinafikan, saya ada beberapa kali ke FAM bertemu presiden dan setiausaha untuk membincangkan perihal penyokong untuk ke Qatar bagi AFC 2023 yang lepas.

Advertisements

“Segala apa yang saya lakukan dalam perjalanan bolasepak ini, in sha Allah saya masih tahu hukum dan falsafah bolasepak yang perlu saya jaga,” jelas Lekir di laman Facebook.

Di sebalik penjelasan tersebut, Lekir turut melampirkan satu dokumen dipercayai laporan polis berkenaan fitnah daripada surat layang yang tular di media sejak beberapa hari yang lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram