Lelaki Gila Ini Sudah Rancang Argentina Juarai Piala Dunia Sejak 7 Tahun Lalu
Dunia
Twitter: Jose Miguel Polanco
Advertisements

Seperti yang diketahui, Argentina berjaya menjulang Piala Dunia 2022 Qatar selepas menumbangkan Perancis di perlawanan akhir yang berakhir awal pagi tadi.

Perlawanan akhir tersebut berlarutan sehingga ke penentuan sepakan penalti selepas kedudukan seri 3-3 untuk tempoh 120 minit permaianan. Argentina yang diketuai Lionel Messi berjaya menyempurnakan kesemua sepakan penalti untuk kemenangan 4-2 sekali gus menjulang Piala Dunia selepas kemarau 36 tahun.

Namun disebalik kemenangan bersejarah yang dilakar Argentina itu, terdapat seorang pengguna media sosial Twitter sudah meramalkan kejayaan Argentina menjulang Piala Dunia 2022 sejak 7 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2015 lagi.

Advertisements

Individu yang bernama Jose Miguel Polanco itu mendedahkan ramalan beliau yang ditulis dalam satu ciapan di Twitter bertarikh 21 Mac 2015.

“18 December 2022. Lionel Messi yang berumur 34 tahun akan memenangi Piala Dunia dan menjadi pemain terhebat sepanjang zaman. Semak semula dengan saya selepas 7 tahun (2022),” coret Jose Miguel Polanco.

Ramalan individu ini ternyata mengejutkan ramai pihak terutamanya pengguna-pengguna Twitter. Lelaki ‘gila’ ini juga turut berkongsi gambar-gambar beliau berada di Qatar untuk menyokong negaranya, Argentina.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram