Ads
Dunia
Acik.JB

Disebalik sambutan gilang gemilang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meraikan acara ‘Triple Hattrick’ pada Sabtu lepas, seorang lelaki mirip pemain naturalisasi kebangsaan Guilherme De Paula telah dihalang daripada mendekati penyanyi terkenal antarabangsa, Jason Derulo.

Advertisements

Selepas JDT mencatat kemenangan bergaya 3-0 menumpaskan pasukan Sabah dalam aksi terakhir Liga Super 2022, kehangatan suasana di Stadium Sultan Ibrahim pada malam tersebut diserikan dengan persembahan Jason Derulo yang membuat penampilan khas meraikan kejayaan JDT.

Advertisements

Kehadiran Jason Derulo disambut baik oleh para penonton yang hadir menikmati persembahan dari awal hingga ke akhir. Usai menyanyi, Jason terus dikawal ketat dan dibawa masuk ke dalam bilik VIP. 

Advertisements

Advertisements

Dalam satu video yang sempat dirakam pengguna Tiktok @acik.jb, De Paula dilihat cuba mendekati penyanyi antarabangsa itu untuk berswafoto. Namun hasrat penyerang JDT itu tidak kesampaian apabila beliau ditolak dan dihalang oleh pengawal peribadi Jason. 

https://vt.tiktok.com/ZSRpc2Vvf/

Advertisements
Advertisements

De Paula kemudiannya seolah-olah menunjukkan reaksi kurang berpuas hati namun beliau akhirnya tersenyum dan ketawa dengan insiden itu. Kejadian itu terus mendapat perhatian dalam kalangan peminat bola sepak tempatan apabila video tersebut viral dan mendapat kira-kira 90 ribu tontonan di aplikasi Tiktok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram