Lepak Dengan Ejen Terkenal, Selangor Bakal Dapat Pemain Korea Selatan?
Hiburan
Leo Jeong
Advertisements

Satu hantaran media sosial membabitkan jurulatih Selangor, Nidzam Jamil menarik perhatian peminat bola sepak Merah Kuning.

Nidzam dilihat sedang bersantai bersama ejen bola sepak terkenal dari Korea Selatan, Leo Jeong di sebuah restoran di Lembah Klang.

Gambar tersebut dikongsikan beliau di akaun Instagram peribadinya beberapa hari yang lalu.

Advertisements

Meskipun pertemuan kedua-dua figura ini bersifat santai, ada yang berspekulasi Merah Kuning bakal mendapat sentuhan pemain Korea Selatan.

Ketika ini Selangor memiliki enam tenaga import untuk musim 2024/25. Merah Kuning membawa masuk Ronnie Fernandez, Umarbek Eshmurodov dan Alvin Fortes.

Trio ini dibawa masuk menggantikan tiga pemain import yang pernah bersama Selangor untuk musim 2023 iaitu Yazan Al-Arab, Ayron del Valle dan Richmond Boakye.

Advertisements

Selangor mengekalkan khidmat Safuwan Baharudin, Yohandry Orozco, Alex Agyarkwa dan Noor Al-Rawabdeh untuk musim 2024/25.

Sementara khidmat penyerang Ghana, Rauf Salifu tidak dikekalkan. Selangor turut meminjamkan dua lagi pemain import, Richmond Ankrah dan Hein Htet Aung masing-masing ke Penang FC dan Negeri Sembilan FC.

Leo Jeong amat dikenali kerana membawa ramai pemain Korea Selatan beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak musim 2023.

Advertisements

Musim ini, beliau membantu Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) membawa empat pemain Korea iaitu Kim Ri-gwan, Koo Ah-oe, Bae Kyung-hwan dan Jung Byung-ju.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram