Leroy Sane Diherdik Penyokong, Dikeluarkan Pada Separuh Masa Pertama
Eropah
Instagram: @fcbayern
Advertisements

Pemain sayap Bayern Munich, Leroy Sane kini berada dalam prestasi yang kurang memberangsangkan apabila beliau dikeluarkan selepas separuh masa pertama menentang FC Koln pada ahad yang lalu. 

Perlawanan tersebut berpihak kepada Bayern Munich apabila menang tipis ke atas FC Koln. Pasukan kendalian Nagelsmann berjaya mendapatkan tiga mata penuh dengan jaringan 3-2. 

Mimpi buruk buat Leroy Sane di Bayern Munich berlaku apabila beliau diherdik segelintir peminatnya sendiri. Dalam perlawanan tersebut, beliau hanya berjaya melakukan 9 daripada 16 hantaran bola dan hilang penguasaan bola sebanyak 11 kali. 

Advertisements

Bekas pemain Manchester City itu masih bergelut dalam memberikan aksi terbaik sejak tiba di Jerman dengan harga 54.8 juta pada musim panas lalu. Beliau hanya berjaya menjaringkan 10 gol dalam 47 penampilan beliau bersama kelab The Bavarians itu.

Jurulatih Bayern Munich berusia 34 tahun itu meminta agar peminat sentiasa memberi sokongan kepada Leroy Sane walaupun beliau tidak berada pada aksi terbaik. 

Nagelsmann menegaskan supaya memberikan sokongan yang lebih kepada Sane bukan dengan cara mengherdik kerana herdikan itu tidak dapat memberi apa-apa bantuan buat Sane. 

Advertisements

Ini bukanlah kali pertama pemain sayap yang memakai jersi nombor 10 diherdik, akan tetapi sebelum ini juga bekas pemain Bayern Munich, Arjen Robben juga terlibat dengan situasi seperti ini pada tahun 2012 kerana Robben menjadi punca kekalahan di pentas akhir Liga Juara Juara Eropah. 

Rakan sepasukan Sane, Thomas Müller memahami akan prestasi pemain yang mengalami kemerosotan permainan yang berlanjutan, namun beliau menjelaskan bahawa seluruh pemain Bayern Munich akan terus memberikan sokongan kepada pemain antarabangsa Jerman tersebut. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram