Lewandowski Pemain Pertama Gagal Sempurnakan Penalti di Piala Dunia Qatar 2022

Robert Lewandowski Poland Lewandowski Pemain Pertama Gagal Sempurnakan Penalti di Piala Dunia Qatar 2022
Foto: Mail Online
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Robert Lewandowski menjadi pemain pertama gagal menyempurnakan sepakan penalti di Piala Dunia Qatar 2022 tatkala Poland dan Mexico mengakhiri perlawanan pembukaan mereka dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Dalam perlawanan yang berlangsung agak seimbang di Stadium 974, Lewandowski beroleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol Piala Dunia pertamanya setelah pengadil menghadiahkan penalti pada minit ke-55.

Penalti diberikan setelah pengadil merujuk kepada VAR terhadap insiden dia ditarik dan dijatuhkan oleh pertahanan Mexico, Hector Moreno.

Ia adalah penalti kelima diberikan dalam hanya enam perlawanan di Piala Dunia kali ini, dengan hanya perlawanan Kumpulan D antara Denmark dan Tunisia tiada penalti disaksikan.

Sepakan penyerang Bayern Munich itu yang digelar ‘raja penalti’ itu bagaimanapun diselamatkan penjaga gol veteran Mexico, Guillermo Ochoa yang membuat penampilan kelima di Piala Dunia.

Kegagalan Poland mahupun Mexico mencatat kemenangan, bermakna Arab Saudi yang mengejutkan Argentina dalam satu lagi perlawanan kini mengungguli Kumpulan C dengan tiga mata.