Advertising
Liga A1: 4 Pasukan Rancak Kejar Tangga Teratas Liga
MakanBola
BR Damansara

Selepas empat perlawanan Liga A1 Semi Pro, empat pasukan bersaing sengit memburu takhta pendahulu liga.

KL Rovers FC berada di tampuk pendahulu liga atas kelebihan jaringan meskipun berkongsi 10 mata dengan Bunga Raya Damansara FC (BR Damansara), Imigresen FC dan Melaka FC.

Ad

Ini selepas anak buah Wan Mustaffa Wan Ismail membelasah Harini FT 6-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 30 Jun lalu.

Ad

Rafie Mat Yaacob meledakkan hatrik buat pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu. Sementara Amirul Husaini Zamri, Amer Saidin dan Raffi Nagoorgani masing-masing menyumbang satu gol buat KL Rovers.

BR Damansara dan Imigresen pula terlepas peluang bergelar pendahulu liga apabila sekadar seri 1-1 pada 30 Jun lepas. The Mighty Tigers meraih kelebihan awal menerusi Hazim Abu Zaid.

Ad

Walau bagaimanapun, pemain gantian BR Damansara, Farid Khazali memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata pada akhir perlawanan.

Ad

Sementara Melaka yang dibimbing K. Devan pula terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga. Pasukan itu menjadikan Manjung City FC sebagai mangsa ketiga mereka dengan meraih kemenangan 2-0.

Ad

Saingan liga dijangka semakin sengit apabila kembali bersambung pada 13 Julai ini. KL Rovers bakal berdepan Machan FC di Stadium Negeri, Kuching.

Imigresen yang juga juara musim 2023 bakal berdepan cabaran PT Athletic FC di Stadium UKM, Bangi. Sementara BR Damansara pula bertandang ke Gambang untuk menentang YPM FC.

Manakala Melaka pula melayan kunjungan Harini FT di Stadium Hang Jebat. Kesemua empat perlawanan ini akan berlangsung pada 13 Julai.