Advertising
Liga A1: BR Damansara Berpesta Gol Atasi UITM United
Liga A1
MakanBola
BR Damansara FC

Bunga Raya Damansara (BR Damansara) mempamerkan taring sebenar dalam saingan Liga A1 Semi Pro apabila berjaya menewaskan UiTM United dalam aksi di Stadium UITM Shah Alam.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat bagi mencapai kemenangan selepas kedua-duanya gagal mencatatkan kemenangan pada aksi sebelum ini.

Ad

BR Damansara memulakan perlawanan dengan garang selepas seawal minit pertama perlawanan mereka berjaya di hadapan melalui penyudah Farid Khazali.

Ad

Kedudukan itu hanya kekal 7 minit apabila K. Kannan berjaya menggandakan kedudukan menjadi 2-0 buat BR Damansara melalui sepakan percuma menarik menewaskan penjaga gol UITM, Uday Zidane.

UITM cuba bangkit dengan mengatur beberapa serangan ke kubu BR Damansara namun benteng pertahanan BR Damansara bertindak cemerlang menggagalkan usaha tuan rumah.

Ad

Tatkala UITM sedang merencana serangan, BR Damansara berjaya menghukum kealpaan UITM dengan gol ketiga pada minit ke-25 menerusi Ignacio Sequeira hasil satu serangan balas pantas.

Ad

Jaringan tersebut sekali gus menutup separuh masa pertama dengan BR Damansara mendahului tuan rumah, 3-0.

Ad

Bersambung babak kedua, UITM tampil lebih kemas dan lebih sabar dalam mencipta serangan ke kubu BR Damansara.

Usaha keras UITM akhirnya terbalas apabila mereka berjaya merapatkan kedudukan menjadi 3-1 pada minit ke- 47 melalui rembatan lencong jarak jauh Haikal Haziq.

Serangan UITM tidak terhenti di situ sahaja apabila Fakhrur Razi memberikan kegembiraan buat penyokong UITM selepas menghasilkan jaringan kedua hasil rembatan deras dari jarak dekat. UITM merapatkan kedudukan menjadi 3-2.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan UITM dilihat lebih merbahaya menerusi percubaan-percubaan yang dihasilkan.

BR Damansara akhirnya berjaya mendapatkan jaringan keempat pada minit ke-82 menerusi jaringan sendiri pertahanan UITM, Irsyad Ahmad ketika pemain tersebut cuba menyelamatkan tandukan Farid Khazali.

Pesta gol BR Damansara akhirnya berjaya ditutup dengan jaringan kelima oleh M. Devekumaran pada masa kecederaan selepas beliau menyambar hantaran Safik Suaidi.

Tiada tambahan jaringan dapat dihasilkan selepas itu sekali gus menamatkan perlawanan dengan kemenangan besar 5-2 buat BR Damansara menewaskan UITM United.