Liga A1: Bukit Tambun Akhiri Penantian Kemenangan, Tumbangkan Armed Forces
Liga A1
MakanBola
Bukit Tambun FC
Advertisements

Bukit Tambun FC akhirnya merekodkan kemenangan pertama mereka dalam Liga A1 Semi Pro apabila menumbangkan Armed Forces FC 3-0 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Armed Forces yang dibimbing Kevin Lee Cooper mahu meraih satu lagi kemenangan untuk memintas Manjung City FC yang menduduki tangga kelapan liga. Sementara Bukit Tambun pula ingin memburu kemenangan pertama dalam liga musim ini.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan Armed Forces berusaha menembusi gawang tuan rumah menerusi gandingan Rafizol Roslan dan Muhammad Faiz Ibrahim.

Ini memaksa barisan pertahanan Bukit Tambun diketuai Mohamad Afif Azman bekerja keras menafikan asakan pelawat.

Advertisements

Bukit Tambun juga berusaha mencipta beberapa peluang menerusi penyerang mereka, Aizat Safuan Razali tetapi tidak berhasil.

Ketumpulan serangan kedua-dua pasukan memastikan keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga rehat separuh masa.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Bukit Tambun meningkatkan asakan untuk mendapatkan gol. Penantian gol mereka berakhir apabila Abdul Qayyum Mohamed Jabrullah Khan mencipta nama sebagai penjaring pada minit ke-65.

Advertisements

Anak buah Jacob Joseph semakin selesa mendahului apabila M. Youwarasan menyumbat jaringan kedua dua minit selepas itu.

Tersentak, Cooper membuat beberapa pertukaran pemain dengan harapan dapat mengubah kembali momentum perlawanan tetapi tidak berhasil.

Advertisements

Sebaliknya, Bukit Tambun menyumbat gol ketiga menerusi pemain tengah, Husnul Irsal Amran pada minit ke-75. Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Bukit Tambun memintas Machan FC untuk menduduki tangga ke-11 liga dengan empat mata. Sementara Armed Forces kekal di tangga kesembilan liga dengan lima mata.

Advertisements

Selepas ini, Armed Forces akan menentang PIB Shah Alam FC pada 27 Julai. Sementara Bukit Tambun pula akan menentang juara liga 2023, Imigresen FC pada hari sama.

News Comments Account