Advertising
Liga A1: Kapten Machan Pengsan Ketika Bertemu Gombak
Liga A1
MakanBola
Machan FC

Satu kejadian tak diingini berlaku kepada kapten pasukan, Machan, Arif Azizan yang dilaporkan pengsan setelah aksi Liga A1 Semi Pro bertemu Gombak Ahad lalu.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium MP Selayang itu, Gombak terlebih dahulu di hadapan seawal minit ke-24 menerusi gol Isa Raman untuk meletakkan tuan rumah mendahului sehingga rehat.

Ad

Lima minit setelah rehat, Machan berjaya menyamakan kedudukan hasil penyudah Azman Chuchu sebelum Alif Safwan muncul wira dengan gol kemenangan Gombak pada minit ke-67.

Ad

Setelah aksi penuh sengit itu, kapten Machan dilaporkan telah pengsan kerana terlalu kepenatan dan segera diberikan rawatan oleh pihak perubatan yang bertugas.

“Kapten pasukan Machan FC pengsan selepas tamat perlawanan di Stadium Selayang menentang Gombak FC dan terpaksa diberi rawatan oleh pasukan perubatan,” maklum Machan di laman Facebook.

Ad

“Kami juga dimaklumkan oleh pasukan perubatan bahawa punca (pemain tersebut) pengsan kerana bermain mati-matian sepanjang 90 minit.”

Ad

“Tahniah kepada semua barisan pemain pasukan Machan FC yang berjuang habis-habisan disetiap perlawanan.”

Ad

Selepas ini, Machan akan bertandang ke Stadium Mindef untuk bertemu Armed Forces pada 23 Ogos ini.