Perlawanan saingan Amateur Football League (AFL) petang ini menyaksikan KL Rovers menentang Bukit Tambun FC yang berkesudahan dengan jaringan 2-1.
Aksi bermula rancak apabila kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.
Selepas setengah jam aksi, pemain sayap KL Rovers, Fakhrul Aiman hampir membuka jaringan pertama namun rembatan deras dari luar kotak tersasar dari tiang gol.
Pada minit ke-44 permainan, akhirnya KL Rover berjaya membuka jaringan menerusis pemain tengah, Faiz Mazlan selepas beliau melakukan rembatan deras dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Bukit Tambun, Muhammad Nasrullah Abdul Aziz.
Separuh masa pertama tamat, KL Rovers 1-0 Bukit Tambun FC.
Pasukan Bukit Tambun separuh masa kedua dilihat lebih bertenaga apabila pada minit ke-56 permainan, penyerang Aizat Safuan berjaya menyamakan kedudukan selepas mudah menyudahkan hantaran pendek daripada Marcus Mah Yung Jian.
Satu peluang yang terhidang buat KL Rovers pada minit ke-76 permainan menerusi Faiz Mazlan, namun sepakannya melambung tinggi.
Pada minit ke-85 permainan, KL Rovers dihadiahkan sepakan penalti selepas kekasaran penjaga gol Bukit Tambun terhadap pemain KL Rovers.
Pertahanan KL Rovers, Muhammad Amer Saidin tenang menyudahkan sepakan penalti tersebut.
Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Perlawanan tamat, KL Rovers 2-1 Bukit Tambun FC.
Skuad kendalian Wan Mustaffa Wan Ismail kekal di tangga ke-3 Liga dengan 13 mata sementara Bukit Tambun berasa di kedudukan kedua tercorot di Liga A1.