Ads
Liga A1: Machan & Harini Sama Kuat
Liga A1
Harini FT

Hajat Harini FT meraih kemenangan pertama dalam Liga A1 Semi Pro tidak kesampaian apabila sekadar seri dengan wakil Sarawak, Machan FC di Stadium Utama Kuala Selangor.

Advertisements

Machan berharap dapat meneruskan rentak kemenangan di bawah bimbingan pemangku jurulatih, Edward Jamid Unting selepas menewaskan KL Rovers FC pada 13 Julai lalu. Sementara Harini pula mahu mengelak tewas buat kali kelima selepas ditundukkan Melaka FC.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan Harini berusaha menggugat Machan menerusi penyerang utama, G. Thipen Raj. Thipen Raj mendapat sokongan daripada dua pemain import iaitu Joseph Akegie Sogbe dan Ogolo Williams Wisdom.

Advertisements
Advertisements

Keadaan ini memaksa barisan pertahanan Machan diketuai kapten, Mohd Arif Azizan Ederis bekerja keras menafikan asakan tuan rumah.

Machan turut cuba mencipta peluang menerusi penyerang, Paul Anak Sambang yang disokong bahagian tengah diketuai Azman Chuchu tetapi tidak berhasil.

Advertisements

Ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus berusaha memecah kebuntuan untuk mendapatkan tiga mata.

Melihat Harini buntu mencipta jaringan, jurulatih Harini, K. Ramachandran membuat beberapa pertukaran pemain dengan harapan dapat meraih gol kemenangan.

Malangnya, percaturan beliau untuk memburu kemenangan pertama dalam liga terus digagalkan oleh penjaga gol Machan, Khairulanwar Amin.

Kecekapan penjaga gol berusia 28 tahun itu memastikan keputusan 0-0 terus kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan Machan dan Harini masing-masing menduduki tangga ke-11 dan ke-12 liga selepas enam perlawanan.

Advertisements

Selepas ini, Machan akan turun menentang wakil Pahang, YPM FC pada 27 Julai. Sementara Harini pula berharap dapat meraih kemenangan pertama dalam percubaan yang ketujuh bila menentang Gombak FC pada 28 Julai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram