Liga-M Akan Disiarkan Menggunakan Teknologi HD
Dunia
Stadium Astro
Advertisements

Para peminat bola sepak tempatan bakal disajikan dengan perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) yang disiarkan dalam definisi tinggi.

Astro sebagai rakan penyiar rasmi Liga Malaysia musim ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menyiarkan semua perlawanan Liga Malaysia meliputi Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Astro dalam satu kenyataan menyatakan rasa teruja dapat menjadi penyiar rasmi Liga Malaysia, dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai ‘Home of Sports’. Semua perlawanan ini boleh ditonton di platform linear (TV), On Demand dan juga Astro GO.

Advertisements

Astro akan terus komited untuk meningkatkan tahap liputan liga bola sepak tempatan daripada perlawanan secara langsung, latihan di belakang tabir, kemas kini mengenai pemain dan jurulatih, berita bola sepak terkini dan taklimat media sebelum dan selepas perlawanan yang berguna kepada peminat sukan di seluruh Malaysia.

Menyedari kepentingan bola sepak dalam pembangunan sukan di Malaysia, bermula 24 Februari 2023, peminat bola sepak kini boleh menonton pertandingan Liga Bola Sepak Malaysia secara langsung dalam HD di saluran Astro yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu Arena Bola (saluran 803 dan 804) dan strim di Astro GO.

Advertisements

Penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan juga boleh menonton sorotan-sorotan dan menonton semula perlawanan yang telah berlangsung di On Demand.

Menurut Astro, para pelanggan Astro yang tidak mempunyai langganan Sports jika berminat untuk menonton perlawanan Liga Malaysia boleh mula mendaftar dan menikmati harga pengenalan serendah RM4.99.*

Advertisements

Untuk pelanggan baharu Astro yang mahukan akses kepada Liga Malaysia dan sukan terbaik, mereka boleh mendaftar tawaran istimewa ini untuk pakej Pek Sports dari RM89.99/sebulan*.

Liga Malaysia akan membuka tirai pada 24 Februari dalam aksi Piala Sumbangsih membabitkan pertembungan pasukan JDT dan Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram