Liga M3: Kelantan FC Dapat Talian Hayat, Sarawak United Tarik Diri
Liga M3
TRW Kelantan FC
Advertisements

Kelantan FC telah mendapat talian hayat untuk bertanding di perlawanan MBSB Bank Championship 2024/25 selepas Sarawak United disahkan menarik diri daripada menyertai saingan itu.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi di mesyuarat kali pertama tahun 2024 Ahli Lembaga Pengarah AFL di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi.

Selain Sarawak United FC, ada satu lagi pasukan yang mengesahkan menarik diri daripada menyertai MBSB Bank Championship ini iaitu Sains FC.

Advertisements

Bagaimanapun, dua pasukan tersebut termasuk Sains FC diberi masa oleh AFL untuk melengkapkan pengesahan penyertaan mereka.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan sembilan pasukan yang secara rasmi bakal bertanding dalam saingan MBSB Bank Championship musim 2024/25.

Antara pasukan itu ialah Armed Forces FC, Harini Selangor FT, Imigresen FC, Malaysian University, Melaka FC, YPM FC, Manjung City FC, PIB Shah Alam FC dan Bukit Tambun FC.

Advertisements

“Sebagai langkah untuk mengekalkan jumlah penyertaan yang sama seperti musim lalu (14 Pasukan), Ahli Lembaga Pengarah AFL turut menerima beberapa permohonan Pasukan baharu untuk bermain di MBSB Bank Championship musim ini termasuk Pasukan Kelantan FC (Liga Super 2024) dan Machan FC (Al-Ikhsan Cup 2024),” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram