Liga Malaysia Bakal Gunakan VAR Tahun 2023
MFL
Berita RTM
Advertisements

Dengan Thailand dan Singapura menggunakan video bantuan pengadil (VAR) di liga masing-masing, ramai tertanya-tanya bila ia akan dilaksanakan di Malaysia. Tetapi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi jaminan teknologi tersebut bakal digunakan di Liga Malaysia (Liga M) pada penghujung tahun ini.

CEO MFL, Stuart Ramalingam mendedahkan MFL berpuas hati dengan kerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam hal ini. Bagaimanapun, pada masa sama, perlaksanaan teknologi tersebut mengambil masa untuk direalisasikan disebabkan faktor kos dan latihan untuk para pengadil.

“Kita berharap dapat mencuba teknologi itu dan dibantu pegawai perlawanan yang berkelayakan pada hujung tahun ini. Bagi mengendalikan VAR, sistem itu boleh dilaksanakan dengan cepat, namun kursus bagi pengadil memakan masa yang lama.

Advertisements

“Menerusi jangkaan daripada percaturan dalam MFL dan FAM sendiri, mungkin hujung tahun (dilaksanakan) kerana kita memerlukan masa enam ke tujuh bulan bagi latihan. Kita juga tidak mahu tergesa-gesa disebabkan dua perkara iaitu kos dan latihan.

“Jadi kita juga perlu melihat mengenai latihan untuk pegawai perlawanan dan menguji mereka dalam perlawanan,” katanya.

Advertisements

Sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan VAR bakal digunakan dalam Liga M musim ini. Tetapi ia tidak digunakan secara menyeluruh kerana hanya membabitkan perlawanan penting seperti suku akhir, separuh akhir dan final Piala FA serta Piala Malaysia.

Walaupun mengetahui liga-liga serantau sudah mula menggunakan VAR, Stuart mengakui tempoh perlaksanaan VAR hanya boleh diputuskan oleh FAM. Ini kerana FAM bertanggungjawab menyelia semua aktiviti pengadilan.

Advertisements

Dan sekiranya ada kontroversi berkenaan VAR, sebarang persoalan yang timbul perlu dijawab dengan teliti oleh badan induk bola sepak itu.

“Jangka masa penggunaan itu adalah keputusan daripada FAM. Ini kerana MFL hanyalah pengendali liga dan pengendalian pengadil di bawah FAM. Apabila FAM sudah bersedia hujung tahun ini, kita akan dimaklumkan,” tambahnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram