Liga Malaysia Dijangka Selari Dengan Kalendar AFC Musim 24/25
MFL
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersedia memperkenalkan format baru Liga Malaysia (Liga M) dengan liga dijangka bermula pada pertengahan tahun hadapan.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pengenalan kalendar baru ini pada pertengahan tahun dibuat atas beberapa faktor. Selain faktor kalendar AFC 2024/2025, MFL juga perlu menimbang faktor iklim dan hari perayaan.

Ini kerana pada akhir tahun, negeri-negeri di Pantai Timur bakal berdepan musim tengkujuh. Sementara bulan Ramadan pula dijangka berlaku pada bulan Mac dan Aidilfitri (sekitar April).

Advertisements

Justeru, semua faktor ini akan ditimbang MFL apabila sesi perbincangan dengan semua pemegang taruh bola sepak negara dibuat.

“(Kita) sedang membuat perbincangan dalaman. Kita juga sudah communicate (berkomunikasi) dengan kelab-kelab dan PFAM mengenai kemungkinan perubahan musim akan bermula pada tahun hadapan.

“Untuk memastikan kalendar bola sepak Malaysia selari dengan kalendar AFC dan juga keperluan untuk kami tukar kalendar tempatan untuk pastikan transfer window (tetingkap perpindahan) Liga Malaysia selari dengan liga-liga Asia lain dan liga antarabangsa yang lain.

Advertisements

“Dan juga keperluan untuk musim kita dianjakkan untuk kalendar AFC untuk kami selarikan dengan tempoh rehat dan kalendar tempatan yang perlu.

“(Ini dengan) memastikan performance (prestasi) national team (pasukan kebangsaan) dan pasukan-pasukan pelbagai umur dan juga pasukan-pasukan yang menyertai AFC Cup (Piala AFC) atau AFC Champions League (Liga Juara-Juara AFC),” katanya seperti yang dipetik Harimau Malaya.

Stuart turut menambah satu pengumuman tentang perubahan kalendar liga pada musim hadapan akan diumumkan pada Oktober ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram