Liga Premier: Kelantan FC Mudah Atasi Bintang-Bintang JDT II
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan pertama saingan Liga Premier 2022 menyaksikan pertembungan di antara pasukan Kelantan FC menentang Johor Darul Ta’zim II yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin.

JDT II yang turun pertaruhkan pemain daripada skuad utama seperti Hazwan Bakri, Daniel Amier dan Azrif Nasrulhaq dilihat sukar untuk menembusi gawang Kelantan FC. Sementara pengendali Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya turun dengan tiga pemain import dibahagian serangan.

Pemain import Kelantan FC, Natanael Ringo mencatat nama sebagai penjaring seawal minit ketujuh permainan apabila beliau manfaatkan serangan balas yang dihasilkan Kelantan. Lorongan cantik Nixon Gulyherme terus disambut baik Ringo dengan satu ledakan kencang menewaskan penjaga gol JDT II, Izham Tarmizi.

Advertisements

Tersentak dengan gol pembukaan tersebut, JDT II terus melakukan asakan bertali arus ke kubu pasukan pelawat. Bagaimanapun keputusan separuh masa pertama perlawanan kekal dengan jaringan 1-0.

Memasuki babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan dilihat berhati-hati dalam mengatur gerakan. Banyak hantaran-hantaran pendek yang dilakukan pasukan tuan rumah namun ia tidak cukup untuk menembusi benteng pertahanan Kelantan FC.

Kemasukan Daryl Sham di separuh masa kedua membuahkan hasil apabila beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan buat JDT II pada minit ke-74 permainan. Situasi satu lawan satu antara Daryl dan penjaga gol Kelantan, Ahmad Solehin menatijahkan kepada ledakan cantik dari Daryl.

Advertisements

Namun pada minit-minit akhir permainan, pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi Jasmir Mehat. Kelantan FC pulang dengan tiga mata penuh, mencatatkan kemenangan bergaya 2-1 mengatasi JDT II.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram