Advertisement
“Liga Profesional, Tak Perlu Sampai Tumbuk Kepala”
Piala FA
MakanBola
Perak FC

Aksi Piala FA antara pasukan Terengganu dan Perak FC mencuri perhatian ramai.

Semuanya tertumpu apabila The Bos Gaurus dihukum beraksi dengan 10 pemain apabila Firdaus Saiyadi melakukan kekasaran terhadap Safawi Rasid.

Pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan pemain berusia 27 tahun itu dilayangkan kad merah serta-merta.

Menurut analisis pakar dalam segmen Nindia Bola, kesalahan yang dilakukan oleh Firdaus berbaki 30 minit permainan itu telah menjejaskan rentak pasukan.

“Masa Liga Super bermain 10 orang, bermain Piala FA pun sama. Jika Perak kekal dengan 10 pemain, kemungkinan boleh bangkit semula.

“Kita lihat pemain Perak buat kesilapan yang tidak sepatutnya. Ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada jurulatih Yusri Che Lah. Tak perlu pun sampai tumbuk kepala,” jelas Izhar Atan kepada Nindia Bola.

“Liga Profesional dan mempunyai VAR ketika ini. Kita menuntut sikap profesional dalam kalangan pemain. Sayang kerana Perak tengah beraksi baik ketika ini.

“Jurulatih kena bagi penekanan kepada pemain selepas ini,” jelas Datuk Zainal Abidin.

Sebelum ini, Yusri Che Lah juga menuntut agar para pemainnya dapat lebih bersabar dan beraksi lebih tenang ketika bertemu lawan yang jauh lebih hebat.

“Sepanjang saya bergelar pemain, saya bukanlah seorang yang suka mengutip kad, jadi sudah pasti perkara sebegini tidak saya ajarkan kepada para pemain.

“Mungkin perkara itu berlaku dalam keadaan sama, mungkin juga berlaku pada musim lepas dan mungkin menjadi penyakit seperti yang dikatakan. Saya harap doktor melakukan sesuatu untuk membanteras penyakit ini.