Liga Suparimau Dicemari Insiden Sepak Terajang
Komuniti
PemerhatiPengadil
Advertisements

Satu perlawanan dalam aksi Liga Suparimau telah dicemari dengan insiden pergaduhan antara kedua pasukan.

Hari ini telah tular video yang memaparkan insiden yang tidak diingini berlaku di Padang Bolasepak New Camp, Damansara.

Menurut ciapan yang dimuat naik akaun Pemerhati Pengadil di laman X, insiden tersebut dikatakan berlaku pada aksi Liga Suparimau. Difahamkan, pergaduhan itu tercetus selepas rasa tidak puas hati antara para pemain kedua pasukan.

Advertisements

Jika dilihat menerusi rakaman video tersebut, pergaduhan itu bukan sahaja melinatkan para pemain namun beberapa barisan kejurulatihan serta penyokong yang hadir turut serta dalam pergaduhan itu.

Liga Suparimau ini merupakan siri liga bola sepak remaja berumur dari 5 hingga 17 tahun yang dipertandingkan sejak tahun 2022. Liga ini selaras dengan hasrat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membangunkan akar umbi bola sepak di Malaysia.

Namun begitu, tidak molek kiranya jika liga pembangunan seperti ini dicemari dengan insiden yang tidak diingini. Ibu bapa, barisan kejurulatihan dan rakan penganjur harus memantau tingkah laku para pemain dan berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan.

Advertisements

Pergaduhan dalam perlawanan bola sepak ini perlu dielakkan dan tidak boleh berulang lagi pada masa yang akan datang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram