Liga Super: Selangor Terus Mengganas Benam Sabah Di Likas
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Aksi Liga Super LS18 membabitkan pertembungan antara pasukan Sabah dan Selangor. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Likas menyaksikan pasukan tuan rumah tewas kepada pasukan pelawar.

Gol pertama perlawanan hadir menerusi pemain tengah Selangor, Mukhairi Ajmal yang melakukan percubaan dari luar kotak penalti. Rembatan Ajmal gagal diselamatkan penjaga gol Sabah sekaligus meletakkan Selangor dihadapan.

Selang seminit selepas itu, kapten pasukan Selangor, Brendan Gan menambah gol kedua buat pasukan pelawat. Jaringan tersebut sekaligus meletakkan Selangor mendahului 2-0. 

Advertisements

Tersentak dengan jaringan itu, kapten pasukan Sabah Baddrool Bakhtiar memanfaatkan sepakan percuma yang dihadiahkan pengadil. Pada minit ke-30, rembatan cantik Baddrol cantik masuk mengegar jaring.

Sebelum babak pertama tamat, penyerang Sabah Jose Embalo mencatat nama sebagai penjaring. Jaringan Embalo itu menamatkan babak separuh masa pertama perlawanan dengan keputusan 2-2.

Aksi separuh masa kedua bermula dengan banyak serangan dihalakan ke pasukan tuan rumah. Skuad kendalian Nidzam Jamil dilihat semakin agresif dalam mencari jaringan tambahan.

Advertisements

Pada minit ke-75, Htet Aung menambah duka buat pasukan tuan rumah apabila beliau menjaringkan gol ketiga Selangor. Gerakan cantik yang direncanakan menerusi bahagian tengah Selangor telah menatijahkan kepada jaringan.

Lima minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan. Selangor berjaya menewaskan Sabah dengan keputusan 3-2.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram